• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Law Breaking News

Update latest law news

  • About Us
  • Privacy Policy
  • Disclaimers
  • DMCA
  • Contact Us
  • Submit your story

You are here: Home / Archives for PRU14

PRU14

Kalah PRU-14: UMNO Kedah mula bedah siasat

July 21, 2018 utusan Leave a Comment

ALOR SETAR 21 Julai – UMNO Kedah melakukan bedah siasat secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca kekalahan parti di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sehubungan dengan itu sebuah jawatankuasa dilantik bagi menyelaras perkara tersebut yang diketuai timbalannya, Datuk Othman Aziz. Katanya, bedah siasat tersebut antaranya melibatkan pe­­ngumpulan maklumat di peringkat bahagian termasuk berkaitan faktor parti ditolak rakyat pada PRU-14. “Mesyuarat pertama badan perhubungan negeri pertama malam tadi memutuskan agenda pertama kita adalah melakukan bedah siasat lebih terperinci dan kita melantik jawatankuasa yang diketuai oleh timbalan pengerusi perhubungan. “Jawatankuasa ini akan me­ngumpulkan maklumat daripada 15 bahagian berkaitan pencerahan apakah faktor kekalahan parti di kawasan itu dan apakah yang perlu kita lakukan. Dalam tempoh sebulan daripada … [Read more...] about Kalah PRU-14: UMNO Kedah mula bedah siasat

PRU14 PRU14, Kedah


Pemilihan UMNO: Johari Ghani bertanding Naib Presiden

June 4, 2018 utusan Leave a Comment

KUALA LUMPUR 4 Jun - Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani muncul sebagai seorang lagi calon yang akan bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan UMNO pada 30 Jun ini. Johari Abdul Ghani Beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini memberitahu, UMNO kini sedang berdepan dengan perkembangan arus politik negara era baru di mana corak pemikiran dan kehendak rakyat telahpun berubah menjadi lebih kompleks dan pelbagai. “Dengan penuh rasa kesyukuran dan tawaduk, saya menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO tahun ini. Sokongan dari perwakilan umno sangat saya hargai,” katanya. 
 Johari berkata, suara ahli-ahli UMNO dan rakyat juga mengharapkan perubahan sosial dan reformasi politik dan menjadi semakin lantang oleh itu sudah tiba masanya untuk UMNO membaiki kelemahan dan mendengar suara rintihan rakyat serta tidak lagi hiudp dalam kegemilangan masa dahulu. “Inilah masanya bagi kita … [Read more...] about Pemilihan UMNO: Johari Ghani bertanding Naib Presiden

PRU14 pemilihan presiden 2019, pemilihan presiden indonesia 2019, PRU14, Kuala Lumpur

Dr. Mahathir anggap Khairy calon terbaik terajui UMNO

June 3, 2018 utusan Leave a Comment

ALOR SETAR 3 Jun - Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin adalah calon terbaik untuk menerajui parti itu. Tanpa mengulas lanjut, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu membayangkan Khairy merupakan calon yang layak memegang jawatan tersebut berikutan keadaan UMNO kini yang dilihat kucar-kacir sehingga tidak dapat menentukan hala tuju perjuangan parti. "Saya rasa Khairy calon terbaik... (jawatan) Presiden UMNO ialah Khairy Jamaluddin," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis PH Kedah di Seri Mentaloon di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi PH negeri Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan pimpinan pakatan itu. Pada 22 Mei lepas, Pemangku Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan semua jawatan yang ada mengikut perlembagaan UMNO adalah terbuka dan bebas untuk dipertandingkan termasuk presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan ketua sayap pada pemilihan parti yang dijadualkan … [Read more...] about Dr. Mahathir anggap Khairy calon terbaik terajui UMNO

PRU14 dr mahathir latest news, Dr Mahathir, dr mahathir book, Dr Khairi, PRU14, Kedah

Jangan salahkan Agong, kerajaan PH perlu bersikap sensitif

June 3, 2018 utusan Leave a Comment

KUALA LUMPUR 3 Jun - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) seharusnya lebih bersikap sensitif sebelum mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii berkata, walaupun ramai pendokong dasar pentadbiran kerajaan hari ini berfikiran liberal namun mereka perlu adil kepada Yang di-Pertuan Agong kerana Malaysia masih lagi terikat dengan tatasusila Perlembagaan.
 Oleh itu beliau meminta pendokong kerajaan PH sekarang ini supaya tidak menyalahkan Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya kerajaan PH perlu lebih sensitif. “Tommy yang terkenal dengan kes pembelaan Chin Peng, seorang komunis yang dibela oleh beliau melalui buku beliau sebagai pejuang kemerdekaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Razlan, ada banyak lagi sebab kenapa Tommy tidak sepatutnya dicadangkan untuk jawatan Peguam Negara, namun Kerajaan memgambil risiko ini hanya kerana sengaja mahu mewujudkan polimik dalam negara demi … [Read more...] about Jangan salahkan Agong, kerajaan PH perlu bersikap sensitif

PRU14 PRU14, Kuala Lumpur

Calon Ketua Pemuda: UMNO masih terperangkap masa silam

June 3, 2018 utusan Leave a Comment

KUALA LUMPUR 3 Jun - UMNO dilihat masih terperangkap dalam masa silam dan masih berpegang kepada individu yang berusia untuk bersaing jawatan Ketua Pemuda apabila beberapa pemimpin dan anggota UMNO yang menawarkan diri untuk jawatan tersebut berusia lebih 40 tahun. Dalam surat terbuka kepada Pergerakan Pemuda UMNO, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berpendapat, dalam usaha untuk mereformasi UMNO, pergerakan tersebut perlu untuk menunjukkan dedikasi kepada belia dengan jawatan Ketua Pemuda dipimpin oleh mereka yang berusia di bawah 40 tahun. Ini sejajar dengan Dasar Belia Malaysia yang telah dibentangkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menetapkan had umur belia kepada 30 tahun adalah satu idea besar bagi memastikan aliran pemimpin-pemimpin belia boleh memberikan idea-idea yang segar untuk melengkapkan pembinaan negara. "Calon-calon baru UMNO untuk pemimpin Pemuda adalah masing-masing berusia 42 tahun. Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Khairul Azwan … [Read more...] about Calon Ketua Pemuda: UMNO masih terperangkap masa silam

PRU14

Next Page »

Primary Sidebar

Categories

and AP National News article Biotech, Food, Drug Brexit Business CBSN Communications, Media & Internet crime crime news Daily News Donald Trump entertainment Expat healthcare Explainers Health Law & Managed Care high profile In-Depth Reporting Indonesia Instagram Intellectual Property Jobs News Labor & Employment Mr. Roadshow Music & Stage National national international News News Updates news_business news_news news_sport Northern Irel Nostalgia Pac 12 Hotline politics sports Stage & Arts Telegraph Top Stories U.S. UK News Vietnam World World News

Recent Posts

  • Eilis O’Hanlon: ‘Civic unionism’ is having the right conversations … it’s just having them with the wrong people
  • Joe Biden is getting closer to a White House bid — but serious concerns remain
  • Motorcycle stolen from north Norfolk outbuilding
  • UK Facing ISIS Bride Influx as More Than a Dozen Show Up at Syrian Camps
  • Senator Susan Collins feeling the heat
  • Scottish Government budget for 2019 to pass with Green support
  • This is how much Lancashire’s councils have spent on award ceremonies in the last three years
  • Profits fall at train and bus firm Go Ahead
  • Snakes alive! Shock for home-owner as hissing intruder slithers into toilet
  • Uber Eats sparks acquisition rumours with new feature

Copyright © 2019 Law Breaking News. Power by Wordpress.