KUALA LUMPUR 1 Dis. – UMNO memahami mengapa MCA tidak menjemput komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) ke Perhimpunan Agung Tahunan parti itu pada hujung minggu ini, kerana percaya MCA tidak mahu gangguan dalam membuat keputusan sama ada mahu kekal dalam BN atau sebaliknya. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, MCA sebelum ini telah menyatakan parti itu mahu mendapatkan persetujuan para perwakilannya dalam perhimpunan tersebut dan kehadiran pemimpin komponen BN yang lain boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat. Beliau pada masa sama berkata, UMNO akan menerima apa sahaja keputusan MCA seandainya langkah yang diambil itu dapat menguatkan kembali parti Cina tersebut. “Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN sebelum ini, kita sudah menyatakan tiada halangan kepada mereka untuk keluar jika merasakan keputusan itu dapat mengembalikan sokongan orang Cina kepada mereka. “Maka jawapan MCA pada waktu itu mereka mahu hal berkenaan diputuskan para perwakilan dalam perhimpunan nanti. Mungkin sebab itu mereka tidak menjemput kita kerana jika ada ucapan daripada parti lain macam-macam akan berlaku,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini sewaktu melawat rumah anak yatim Raudhatul Al-Faeez di Gombak yang terbakar pada 23 November lalu. Seandainya MCA memutuskan untuk keluar BN, Ismail Sabri berkata UMNO tidak menolak… Read full this story
- Political parties take the blame for bad leadership; they should reform
- Malaysia: Six parties’ leaders granted audience with King
- Kahawa Wendani MCA Cyrus Omondi found dead in India
- Anwar cries foul as Malaysian parties discuss sweeping coalition change
- Nairobi MCAs table motion to impeach Governor Mike Sonko
- Will Sonko ride out latest storm? The jury is out
- India keeps a close watch as pro-Pakistan Mahathir Mohamad resigns as PM
- Malaysia's Anwar says some colleagues trying to bring down government
- Tata Sons moves SC, challenges NLCAT order on Mistry’s reappointment as chairman
- No Game Too Small
UMNO faham kenapa MCA tidak jemput parti komponen have 288 words, post on www.utusan.com.my at December 1, 2018. This is cached page on Law Breaking News. If you want remove this page, please contact us.