IPOH 28 Nov. – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad meminta Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak berpura-pura apabila menafikan wujudnya gerakan untuk menjatuhannya sebagai Menteri Besar. Menurutnya, kenyataan Ahmad Faizal hari ini bahawa dakwaan tersebut hanya merupakan desas-desus dan tidak benar-benar akan berlaku sebagai berdolak dalik untuk menafikan apa yang sebenarnya berlaku. “Itu dolak dalik, jangan hipokrit, jangan ada sindrom penafian. Dia (Ahmad Faizal) lebih tahu, kami lebih tahu. Kalau nak kenal siapa Exco yang berkenaan, kita tengok dia tunduk saja, jadi mudah saja nak kesan. “Saya sedia untuk mendedahkan nama Exco yang mahu menjatuhan Menteri Besar jika kesemua 10 Exco setuju nama mereka yang terlibat didedahkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Walaupun Ahmad Faizal menafikan terdapat Exco kerajaan negeri yang merancangan untuk menjatuhkan beliau, Saarani bertegas bahawa gerakan tersebut benar-benar wujud. Menurutnya, ini berdasarkan Exco berkenaan sendiri dan wakilnya yang mengadakan perjumpaan dengan wakil rakyat UMNO sebanyak empat kali bagi mendapat sokongan untuk menyokong undi tidak percaya terhadap Ahmad Faizal. “Pada 2 November, ada Exco jumpa ADUN UMNO. Pada 15 November Exco yang sama jumpa satu lagi ADUN UMNO. Pada 23 November Exco yang sama berjumpa lagi ADUN UMNO, maksudnya tiga pertemuan di… Read full this story
- Mediating with Iran on MBS and Trump's request: PM Imran
- Golfers, Beware the Saudi Sportswashing Trap | Opinion
- Wot I Think: 1996 Electronic Dream Phone
- 7 Reasons Why the Nintendo Switch Might Fail
- Computex 2019: AMD announces third generation Ryzen 3000 series, Price, Specs, Release date
- Prolonged caution pulls VN stocks for a third straight day
- Saudi Arabia, UAE swayed Russia for OPEC+ cuts at Abu Dhabi F1 race
- Eighth bank cleared all bad debts at VAMC
- Saudi Arabia, UAE swayed Russia for Opec+ cuts at Abu Dhabi F1 race
- Intel, scoperta una misteriosa CPU a 6 core che da il via alle speculazioni
Jangan hipokrit, nafi cubaan jatuhkan MB have 288 words, post on www.utusan.com.my at November 28, 2018. This is cached page on Law Breaking News. If you want remove this page, please contact us.